Sunday, 6 October 2013

KL THUGS - this is Naze Flyhigh's Blog: Sid Vicious.. ini idola punk yang mati katak!

KL THUGS - this is Naze Flyhigh's Blog: Sid Vicious.. ini idola punk yang mati katak!: 12 Oktober 1978 Pukul 11.00 pagi           Kaunter Hotel Chelsea di Bandar New York menerima suatu panggilan aduan dari seorang lelaki yang...

Saturday, 13 April 2013



Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Teknologi Makmal Perubatan 
(Medical Lab Technology)


Apa itu Teknologi Makmal Perubatan?
Teknologi Makmal Perubatan adalah merupakan satu bidang yang merangkumi penggunaan alatan dan teknik-teknik yang moden serta canggih dalam membantu menjalankan analisa pada sampel-sampel yang diperolehi daripada tubuh badan manusia bagi membantu para doktor membuat diagnosis, merawat penyakit dan memantau keadaan pesakit. Teknologi Makmal Perubatan adalah merupakan satu cabang kerjaya yang menarik yang melibatkan sains dan teknologi dengan objektif untuk membantu masyarakat menjalani hidup dengan lebih sihat.
Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Medical Lab Technology) menyediakan pelajar untuk bekerja sebagai seorang Juruteknologi Makmal Perubatan. Program ini melengkapkan elajar dengan pengetahuan yang lebih meluas dan kemahiran praktikal untuk menjalankan ujian-ujian makmal dan analisa ke atas darah, cecair badan dan tisu manusia.
Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Medical Lab Technology) adalah sangat sesuai bagi mereka yang berminat:-
  • Mengkaji punca sesuatu penyakit
  • Menggunakan peralatan-peralatan yang canggih, moden dan automatik dan menjalankan ujian saintifik
  • Melibatkan diri dalam penyelidikan bagi mencari penyakit yang tidak dikenal pasti atau penawar sesuatu penyakit.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Mikrobiologi Perubatan dan Parasitologi
Mengecam dan mengenal pasti bakteria dan lain-lain mikroorganisma.
Hematologi dan Imunohematologi
Mengesan penyakit-penyakit darah dan menguji kumpulan darah.
Biokimia Klinikal
Mengukur kandungan darah seperti glukosa, kolestrol, protein, urea dan lain-lain.
Histopatologi dan Sitologi
Menyediakan tisu-tisu badan untuk kajian pelbagai jenis kanser.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Makmal-makmal hospital kerajaan dan swasta
- Makmal-makmal klinik swasta
- Makmal-makmal kesihatan Awam
- Industri Bioteknologi
- Industri Penyelidikan Perubatan
- Syarikat-syarikat peralatan saintifik dan produk diagnosis

Peluang pekerjaan sebagai:
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Pegawai Pemasaran Syarikat-syarikat peralatansaintifik dan produk diagnosis
- Pakar Produk bagi peralatan-peralatan saintifik

Kamal Atatuk ~Siapa dia..? Mustafa Kemal Ataturk (12 Mac 1881 - 10 November 1938)

Pengenalan


Mustafa Kemal Ataturk (12 Mac.1881 - 10 Nov.1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yg berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yg kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

Nama
Nama "Mustafa" bermaksud manusia "pilihan" manakala "Kemal" bermaksud "sempurna". Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Ottoman. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud "Bapa Rakyat Turki"

Kehidupan awal

Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik (Thessaloniki, Greece). Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Ataturk menyertai Akademi Tentera Ottoman di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang regim autokratik Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk ?
Beliau lahir pada tahun 1881 disebuah kawasan miskin di Salonik, Turki. Salonik adalah kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol yang berhijrah ke situ. Salunik sebuah bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Jika diselusuri latar belakangnya, bermakna dia dari keturunan Yahudi. Beliau sempat berada di sekolah Fatimiyyah yang masyhur. Namun selepas itu ayahnya menukarkan beliau ke sekolah lain yang memakai sistem barat kerana benci kepada sheikh-sheikh agama. Peringkat menengah beliau memasuki sekolah tentera dan menjadi ahli Freemasonry.

Ketika zaman mahasiswa, Kamal bergabung dengan kumpulan nasionalis yang fanatik. Kelompok ini tidak jemu-jemu menyalahkan Islam sebagai punca keterbelakangan Turki dan terus menerus menyebarkan kebencian terhadap Syariat yang dianggap kolot serta menjadikan ajaran-ajaran sufi sebagai bahan tertawaan.

Kamal menyatakan keinginannya untuk membangunkan Turki yang dihormati oleh Negara-negara lain di dunia. Ia pernah menyatakan,
 "Saya adalah Turki ! Menghancurkan saya sama ertinya dengan menghancurkan Turki ! "

 Setelah berkuasa, Kamal menyatakan dengan tegas bahawa ia akan menghancurkan seluruh kesan-kesan Islam dalam kehidupan bangsa Turki. Hanya dengan menghapuskan segala sesuatu yang berbau Islam, maka Turki boleh memperolehi kemajuan menjadi bangsa yang moden.

Kamal juga menyerang Islam dengan ungkapan,
"Selama hampir 500 tahun, hukum dan teori-teori ulamak2 Arab serta tafsir para pemalas dan tiada guna, telah menentukan hukum perdata (baca: hukum berkaitan harta) dan pidana (baca: hukum berkaitan jenayah) Turki. Tidak ada wahyu Tuhan ! Islam itu hanyalah rantai yang digunakan para ulamak dan penguasa zalim untuk membelenggu rakyat. Penguasa yang memerlukan agama adalah orang yang lemah. Orang yang lemah tidak boleh berkuasa!"

Ketika berkuasa, Mustafa Kamal menjadi dictator absolute .Seluruh bangsa Kurdis di Turki dibinasakan dengan cara yang bengis, desa-desa dibakar, ternak dan hasil tanaman dimusnahkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibantai. Bangsa Kurdis adalah bangsa yang beragama Islam. Mereka bukan orang Turki. Solehuddin Al-Ayubi juga adalah bangsa Kurdis. Rakyat Turki juga harus menerima reformasi anti Islam seperti larangan mengenakan fez / tarbus (kopiah Turki) dan serban. Rakyat Turki diwajibkan mengenakan pakaian Eropah, wajib menggunakan tulisan Turki (tidak boleh menulis tulisan Jawi dan Arab), kalendar Hijrah dihapuskan dan Hari Ahad adalah hari cuti menggantikan Jumaat. Akibatnya, jutaan rakyat Turki khasnya di desa-desa dan Bandar-bandar kecil mengutuk Mustafa Kamal.

Tanggal 29 Okt 1923 menjadi satu hari bersejarah untuk umat Islam sedunia. Rancangan awal Mustafa Kamal mendapatkan keberhasilan. Beliau berdiri diatas pentas dan mulai menyampaikan ucapan.
"Anda telah menugaskan saya untuk menyelamatkan keadaan di saat yang kritis ini. Namun krisis ini bukan akibat perbuatan anda. Sumber dari krisis ini bukanlah satu perkara yang sederhana ,namun kesalahan mendasar dalam sistem pemerintahan kita. Majlis Nasional melaksanakan fungsi sebagai lembaga legislative. Setiap anggota Majlis Nasional masih harus ikut campur dalam setiap pengambilan keputusan pemerintah dan turut mengatur Kementerian- kementerian pemerintahan dan keputusan para Menteri.

Tuan-tuan ! Tidak seorang menteri yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima kedudukannya dalam keadaan seperti itu. Anda harus menyedari bahawa pemerintahan yang dibangunkan dengan landasan seperti itu, tidak akan dapat berdiri tegak dan kalau pun tegak, itu satu pemerintahan yang kacau bilau. Kita harus mengubah keadaan ini. Oleh sebab itu, saya telah memutuskan bahawa Turki harus menjadi sebuah Republik dengan seorang Presiden yang terpilih."

Pidato itu pun menyudahi Khilafah Islam yang memang sudah runtuh sejak tergulingnya Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 dan digantikan oleh Sultan Muhammad V. Pidato itu hanya sebagai bulldozer yang menyapu bersih puing-puing khilafah yang telah hancur. Mustafa Kamal Attaturk menyempurnakan penutupan buku dengan terpilihnya dia sebagai Presiden Turki dan pengkhianat besar dalam sejarah Islam.

Antara tarikh penting yang perlu kita ketahui:

1) 28 Okt 1922 - satu muktamar diadakan dan wakil Kerajaan Turki dijemput bagi memutuskan pembentukan Republik Turki dan penghapusan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan tidak dibenarkan wakil Turki bersuara.- Majlis Kebangsaan Turki membuat keputusan memecat Sultan Muhammad IV (selepas Sultan Muhammad V ) dan sistem khalifah dihapuskan.

2) 17 Nov 1922 - Majlis Kebangsaan mengistihar Turki adalah negara Republik dan jawatan sultan tidak diperlukan lagi sehingga Sultan Muhammad IV melarikan diri.

3) 24 Julai 1923 - Turki mesti membebaskan Qobrus, Syam, Iraq, Al-Jazair, Tunisia, Mesir dan Libya dari taklukannya dan dibahagi sesama Inggeris.

4) 3 Mac 1924 - Sistem Khalifah dihapus secara rasmi dan Ankara diisytihar sebagai ibu Negara Turki menggantikan Istanbul.

Catatan: Artikel ini dipetik dari Majalah Sabili, Indonesia, edisi 18 Disember 2008 dan juga buku Gerakan Freemasonry- Musuh Dalam Menghancurkan Islam.

Monday, 8 April 2013




KAMUS BASO NISMILAN


Angek- Panas
Angka- Suhu badan seperti hendak demam
Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat
Baju prat- t-shirt
Becompogho- Mandi dengan suka ria
Bedobau- Bunyi jatuh dalam air
Beggar- Degil yang amat sangat
Begolek- Kenduri kahwin besar-besaran
Bejooh- Buat kerja ramai-ramai dengan suka ria
Bejoman- Menunggu untuk tempoh yang lama
Bekelelong- Sakit yang amat sangat
Bekuak- Mengarahkan orang supaya ke tepi
Belengkar- Tidur merata-rata
Belolah- Berkejar Betandak- Berjoget
Beweh- Jambu batu
Biak- locah Lopak air
Bincau- Kecoh sambil marah
Bincut- Bengkak kecil
Binga- Pekak
Bintat- Bekas gigitan serangga
Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang)
Boda- Pukul
Boko- Bekalan menyembah (bagi org baru kahwin)
Boleng- Tidak memakai baju
Bolo- Membersihkan haiwan selepas disembelih
Bonda- Parit, tali air
Bongka- Bangun
Bungkeh- Tercabut
Bungko- Bodoh
Cangap- Cabang pada hujung galah
Capar- Selipar
Cekadak- Ragam
Celait- Lampu suluh
Cemat- Rotan
Cembeng- Seperti nak menangis
Ceme- Bintil pada mata / sebelah mata jadi kecil
Ceneke- Menipu
Cengkot- Menahan sejuk
Cengkuit- Pengikut
Cibir- Menjelir lidah
Cogheng- Comot
Coghoh- Lumat
Cokau- Tangkap
Cucut- Sedut
Dengket- Cetek
Dengkot- Terhincut-hincut
Eden, ese- Saya
Eleh- Manja
Entaher- Mengiyakan sesuatu
Gaduh- Risau
Gaha- Sental
Gahai- Rosak
Gewai- Hayun
Ghembat- Bergaduh / baling sesuatu ke dinding
Ghobeh- Hujan renyai-renyai
Ghoman- Raut wajah
Godang- Besar
Godek- Kacau air
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Gombong- Sakit perut kerana masuk angin
Gonyam- Gatal
Hobin- Bantai, hentam
Hongeh, mongah- Penat
Jingang, tebeleghan- Hairan, terpinga-pinga
Jobo- Berlagak
Joghan- Serik
Joghih- Kerja yang sia-sia
Jokin- Teramat yakin
Jongkeh- Ketawa bagai nak rak / terkena kejutan elektrik
Kainsal- Tuala
Kame- Bancuh, uli
Kawan- Suami / isteri
Kecoloan- Terlampau malu
Kelayak- Diterbangkan angin
Kememe, benye- Mudah menangis
Ketulahan- Badi
Kilit- Kelecek bola
Kobok- Ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihat
Komeh- Menghabiskan nasi atau lauk
Kontong- Jari pendek / tiada jari
Kopai- Beg
Kopam- Hitam, kotor Koting- Betis
Kudap, meghosit- Makan
Kuti- Cubit
Laghah- Buruk
Lecok- Coret
Lelan- Leka
Leweh- Lemah
Lobong, gompong- Berlubang
Locun- Basah kuyup
Locut- Baling
Logar- Menghantukkan sesuatu ke tahap kritikal
Logat- Menangis tak henti-henti
Logeh- Hantuk
Longot -Amat hitam, kotor
Losang- Sengat
Lotong- Kotor
Lueh- Muntah / besar
Lukuih- Basah dek peluh
Lunggah- Langgar
Lutap- Luku
Mada- Sial / bodoh
Melahu- Merayau
Melampuh- Terlampau banyak
Melancur- Cirit-birit
Melangok- Melepak
Melansit, membuto- Tidur
Melesa -Kain yang labuh hingga cecah lantai
Membese -Kencing
Mempulun- Jatuh
Mencalat, membughan- Buang air besar
Mencamek- Benci sabgat
Menceghabih- Cakap tanpa henti / merepek
Mencieh-cieh- Titisan peluh yang mengalir
Mencokik- Makan banyak
Mencolongo- Harum
Mencucut- Menyedut
Mendahagi- Susah untuk diajak membuat sesuatu
Mendosup, mencanak- Lari lintang pukang
Menebeng- Duduk di tepi tembok
Meneneng- Sakit, berdenyut
Mengelintau- Mencari sesuatu dengan perasaan cemas
Mengese, mengendeng- Mengasak
Mengicak- Meminta-minta
Mengoca- Menangkap ikan
Mengonye- Mengunyah sesuatu
Mengumba- Patah balik
Menguncah- Mengacau
Menonoi- Bernanah dan amat sakit
Menonong- Berjalan pantas tanpa toleh kiri kanan
Mentedaghah- Makan yang tiada batasannya
Mentegheh- Perut haiwan kekenyangan
Menteneng- Budak kekenyangan
Mentesok- Lusa
Menugheh- Tahu
Menyeleme- Menyelongkar
Menyopak- Makan berbunyi
Mogun- Termenung
Okap- Tamak
Oma- Buah yang hendak busuk
Ompuk- Kepunyaan / telah menjadi lembut
Ongap- Nafas
Ontok- Diam
Pait- Tak mahu
Pedulik ajab- Tidak mengambil endah lagi
Peloso- Pemalas
Pemongak- Penipu
Pencolek angek- Punca
Pengka- Kekok
Pengolan- Galah
Pikap- Cekap menangkap sesuatu perkara
Piuh- Pintal
Pocek- Komen
Poghak- Kebun kecil
Poghan- Para
Poghat- Bau yang amat kuat
Polak- Panas / jemu
Ponggit- Mengada-ngada
Ponggur- Bakar hingga rentung
Posok- Berlubang

Tuesday, 5 March 2013

Penyakit Jantung bengkak merupakan salah satu jenis penyakit jantung yang berbahaya, disebabkan kerana penyumbatan aliran darah ke jantung sehingga jantung tidak menerima cukup oksigen dan darah. Biasanya penderita jantung bengkak memiliki riwayat penyakit lainnya, dan di khuatiri akan berlanjutan pada pembekuan darah sehingga susah untuk bernafas. Jantung Bengkak dalam istilah medic disebut Cardiomyopathies Cardiomyopathie. Jantung Bengkak menyerang pada otot jantung itu sendiri. Orang -orang yang diserang jantung bengkak ini biasanya mengalami pembesaran, secara tidak normal dan atau bahkan menjadi kaku. Menyebabkan jantung  tidak normal (menjadi lebih lemah).

Penyebab Jantung Bengkak Antara Lain:

Jarang Olahraga
Penyebab pembengkakan jantung yang pertama adalah jarang berolahraga. Tubuh yang jarang berolahraga jarang mengeluarkan keringat. Risikonya terjadi kelebihan berat badan (obesity). Ini sangat berbahaya kerana membuat jantung bekerja lebih keras dan menyebabkan terjadinya pembengkakan pada jantung. Bukan hanya membuat jantung bengkak, tidak rajin berolahraga juga berisiko menyebabkan penyakit jantung koroner dan tekanan darah tinggi.

Kelainan Jantung Sejak Lahir

Tidak semua orang lahir dengan jantung normal. Beberapa orang mengalami kelainan jantung atau yang biasa disebut sebagai penyakit jantung bawaan. Contohnya seperti jantung bocor atau timbulnya lubang pada jantung. Ini membuat jantung harus bekerja keras kerana tidak sempurnanya organ jantung. Jantung harus mengepam lebih keras dan itu sangat potensial menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.

Otot Jantung Lemah

Otot jantung melemah boleh disebabkan beberapa faktor seperti serangan jantung. Otot jantung yang lemah membuat jantung bekerja lebih berat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Semakin lama hal ini terjadi semakin tinggi risiko terjadinya jantung bengkak.

Tekanan Darah Tinggi

Terjadinya tekanan darah tinggi membuat jantung bekerja lebih keras. Ini sangat berpengaruh terhadap peluang terjadinya jantung bengkak. Apalagi umumnya penderita tekanan darah tinggi biasanya jarang menyedari jika terserang penyakit ini.  Untuk itu, sangat baik untuk memeriksakan tekanan darah pada pihak medic untuk mengetahui secara pasti tingkat tekanan darah Anda. Agar jika terjadi tekanan darah tinggi boleh segera diubati supaya tidak menyebabkan jantung bengkak.

Kerosakan Katup Jantung

Rosaknya katup pada jantung juga potensial menyebabkan jantung bengkak. Kerosakan katup jantung tersebut bisa disebabkan oleh demam atau kerana sebab lainnya. Kerana organ yang tidak lagi sempurna, membuat jantung harus bekerja keras untuk mengempa darah. Kerja jantung yang berlebihan tersebut yang kemudian menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.
Dari lima penyebab jantung bengkak, empat di antaranya disebabkan karena penyakit lainnya. Jadi boleh disebut jantung bengkak merupakan penyakit lanjutan dari suatu penyakit. Memang ini bukan hal yang aneh pada suatu penyakit. Sering kali sebuah penyakit mengakibatkan terjadinya efek pada penderitanya sehingga mengalami beberapa penyakit sekaligus